Akhirnya, 3 March 2013, bermula jugak ‘operasi blogging’
aku. Sebenarnya ramai kawan2 yang selalu tanya aku pasal blog or facebook nih.
Frankly, aku malas nk layan fb dan juga blogging nih. Tapi sejak akhir2 ni,
ramai pulak patient aku yang mengadu pasal masalah diorang, and sometimes
masalah tu berulang2 kali aku jumpa. Pernah aku tanya kat sorang patient, “Kenapa
tak check kat internet pasal masalah awak nih?” Dan kebanyakan jawapan yang aku
terima, “Internet punya info kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris la doc. Saya ni setakat fb tu reti
la Bahasa Inggeris. Selebihnya, semua baca yang Bahasa Melayu.”
Once aku dengar
jawpan camtu, so aku pon wat research sendiri kat internet. Quite shocking, but
it’s the truth. Kebanyakan yang aku jumpa, cerita seks la, skandal la, dan
kebanyakannya semua bahan porno. Tak percaya? Try google nih: Masalah seks. Sehingga ke waktu artikel
ni ditulis, rank tertinggi rujukan google adalah satu blog yang berunsur
pornografi, walaupun dalam Bahasa Melayu.
Kesimpulan yang aku dapat; sekarang ni dunia makin maju,
medium informasi makin bertambah, tapi keterbukaan masyarakat melayu untuk
membincangkan perkara2 berkaitan seks nih masih di takuk lama. Semuanya
disclosed dan private. Even ada budak kecik yang pernah kena rogol dengan abang
sendiri pon masih fikir yang abang dia ‘bermain’ dengan dia. Sedih kan? Tapi
itulah budaya ketimuran kita. Hal seks dan yang berkaitan semuanya satu tabu,
pantang. Bukan hanya Malaysia sahaja, bahkan sehingga ke negara2 lain di Asia
nih, hal seks adalah satu yang tabu.
Jadi dengan adanya blog personal view macam ni, aku harap
akan jadi satu platform yang dapat membantu masyarakat Malaysia amnya dan
masyarakat Melayu khususnya. Ingat, seksologi itu satu ilmu, bukan satu dosa.
Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Takkan baca je? Komen ler sket..hehehehe