Memaparkan catatan dengan label Pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengenalan. Papar semua catatan

Rabu, 6 Mac 2013

Kenapa,kenapa, kenapa?



Ada few patients yang aku bagitahu pasal project blogging nih, excited tentang banyak benda. Yela, diorang dah kenal ngan aku agak lama. Rahsia luar dalam pon aku tahu, so diorang suruh aku cerita macam2 pasal aku dalam nih. Dan ada jugak yang tanya kenapa aku tak guna English sebagai medium. Pulak tu, kata aku guna improper Malay. ROJAK.

Ok, one at a time. (klo kat Melbourne lecturer aku sebut bunyi dia mcm ni: wanetataim) Kenapa aku mesti cerita pasal aku dalam nih?  Cukuplah sikit2 kita kenal. Slow2. Klo korang kuar dating first time pown, bukan semuanya korang tahu kan? Makanan kegemaran la, pasukan bolasepak kegemaran la.SEMUA INI POYO!!Wahahahaha Slow and steady k? Jangan risau,aku akan kongsi banyak pengalaman aku dalm personal blog nih.

English sebagai medium?? Hmm.. kena rujuk balik kat entry yang nih.  

Ada sebab kenapa aku xwat camtu. Pasal bahasa rojak tu, aku mintak maaf sangat2. Penulisan proper ni hanya dalam journal writing (penulisan journal) dan apa2 yang ilmiah je. Dahla tiap2 hari aku membaca bahan ilmiah yang formal, xkan la blog aku sendiri pon aku nk kena wat formal? Ni blog aku, aku boleh guna apa cara sahaja untuk menyampaikan idea aku k? SEMUA INI POYO!! Wahahaha.

Kesimpulan untuk entry kali ni, aku prefer guna bahasa rojak,xguna English atas sebab tertentu dan jugak blog ni tidak mahu dituduh sebgai POYO!!

Wassalam.

Isnin, 4 Mac 2013

About me



Aku dah wat entry pasal kenapa aku bukak blog ni. Pada yang miss, boleh rujuk kat sini. (http://seksologi101.blogspot.com/2013/03/pengenalan.html)

Dari entry yang lepas, sure ada yang tertanya2 siapa aku yang sebenarnya. Cukuplah korang kenal aku sebagai Mr. H. Bukan aku takut nk dedahkan siapa diri aku yang sebenar, Cuma rasanya aku nk korang hargai apa yang aku tulis, berbanding hargai siapa aku.



Patient aku panggil aku Doktor H, ada jugak yang wat lawak panggil aku Doktor House. Ala,siri tv doctor yang sangat genius tu. Tapi masa kat Melbourne dan Manchester (yup, tempat bola sepak tu) dulu, orang tak panggil pemegang Medical Doctorate ni sebagai ‘Doktor’. Diorang prefer panggil nama. Macam aku, disebabkan nama melayu yang boleh menyebabkan lidah mat saleh2 kat sana tergeliat (betul ke word melayu aku ni?), so aku introduce diri aku sebagai H. “Hi, I’m H.””Horatio?” Wahahaha. Sure sesapa yang ikut cerita CSI:Miami tu kenal kan? Muka kerek je bila nk solve kes.

Melalut dah ni, back to business. Ok, aku sebenarnya seorang lulusan Doktor dari UPM. Medical tau, bukan PhD? Tapi aku ada Master in Sexology wat di USA (sebab kat Malaysia n ink carik sexologist cukup payah.) Sure ada yang tanya, “Kan kat tv tu banyak pakar sakit tuan dan pakar sakit puan?” Yup, that’s correct. Kalau nk explain secara ilmiah nya, mungkin makan masa, tapi aku lebih suka guna terminology yang ni. Pakar sakit puan/tuan dan sexologist bezanya seperti pembuat bahagian enjin dan juga seorang mekanik. Pembuat bahagian enjin boleh mengenali semua parts yang ada dalam enjin. Sebut je, sure dia tahu apa masalah biasa parts tu dan di mana kedudukan parts tu dalam enjin. Mekanik pulak, tahu setting enjin yang dah siap supaya performancenya tip-top. Kalau semput2 dia tahu camna nk setting balik enjin tu. Ok tak terminology aku? Hehehehe.

Kesimpulannya, aku seorang mekanik seks. (Wow)

Wassalam.

o_Ops

Memandangkan aku agak mentah dalam bidang blogging ni, so aku masih lagi dalam try and error mode. Banyak yang aku perlu belajar so that apa yang aku sampaikan akan lebih tersusun dan mudah difahami. 

Jadi pada tarikh entry ni dibuat, kalau ada sesapa yang terlihat segmen ni (kotak kuning dalam gambar kat bawah), aku mintak maaf sangat2 sebab links tu semuanya belum berfungsi. Aku dalam operasi untuk menajamkan lagi skill blogging aku ni supaya blog aku x nampak poyo, tapi dalam masa yang sama memudahkan orang membaca.


Salam sayang untuk semua. Ingat, seksologi itu satu ilmu.

Wassalam

Sabtu, 2 Mac 2013

Pengenalan


Akhirnya, 3 March 2013, bermula jugak ‘operasi blogging’ aku. Sebenarnya ramai kawan2 yang selalu tanya aku pasal blog or facebook nih. Frankly, aku malas nk layan fb dan juga blogging nih. Tapi sejak akhir2 ni, ramai pulak patient aku yang mengadu pasal masalah diorang, and sometimes masalah tu berulang2 kali aku jumpa. Pernah aku tanya kat sorang patient, “Kenapa tak check kat internet pasal masalah awak nih?” Dan kebanyakan jawapan yang aku terima, “Internet punya info kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris la doc. Saya ni setakat fb tu reti la Bahasa Inggeris. Selebihnya, semua baca yang Bahasa Melayu.” 

Once aku dengar jawpan camtu, so aku pon wat research sendiri kat internet. Quite shocking, but it’s the truth. Kebanyakan yang aku jumpa, cerita seks la, skandal la, dan kebanyakannya semua bahan porno. Tak percaya? Try google nih: Masalah seks. Sehingga ke waktu artikel ni ditulis, rank tertinggi rujukan google adalah satu blog yang berunsur pornografi, walaupun dalam Bahasa Melayu.

Kesimpulan yang aku dapat; sekarang ni dunia makin maju, medium informasi makin bertambah, tapi keterbukaan masyarakat melayu untuk membincangkan perkara2 berkaitan seks nih masih di takuk lama. Semuanya disclosed dan private. Even ada budak kecik yang pernah kena rogol dengan abang sendiri pon masih fikir yang abang dia ‘bermain’ dengan dia. Sedih kan? Tapi itulah budaya ketimuran kita. Hal seks dan yang berkaitan semuanya satu tabu, pantang. Bukan hanya Malaysia sahaja, bahkan sehingga ke negara2 lain di Asia nih, hal seks adalah satu yang tabu.

Jadi dengan adanya blog personal view macam ni, aku harap akan jadi satu platform yang dapat membantu masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat Melayu khususnya. Ingat, seksologi itu satu ilmu, bukan satu dosa.

Wassalam.