Selasa, 12 Mac 2013

Doktor Takkan Sakit!!


Salam semua..

Sejak sabtu lepas sampai lah semalam, aku mengalami cirit birit atau dikenali sebagai diarrhea yang teruk, sampaikan nak bukak PC pon dah rasa malas dan letih. Lebih 20X sehari ke jamban tau?? Seksanya Allah je yang tahu. Puas aku makan ubat, jumpa pakar tapi semua tu pun xdapat tolong. Banyak appointment patient yang aku terpaksa cancel. Ada yang sms aku personally, "hi Mr. H, doktor pon sakit? Anyway, get well soon. let me know my new appointment". Hmm..korang pun ada terpikir macam tu ke?? DOKTOR XBOLEH SAKIT? Seriously?? Hahahaha. Kami doktor pun makhluk ciptaan Allah, bukannya meja, kerusi yang tiada nyawa. Jadi, bagi aku selagi namanya adalah 'hidupan', dah jelas dan nyata tak boleh lari dari rasa sakit, lemah dan mati. Itu fitrah.

Tapi semua tu mengingatkan aku, walaupun aku seorang doktor, tapi aku hanyalah manusia biasa. Yang berupaya mengubat sakit ni hanyalah Allah. Jadi pada Allah kita kena berdoa di samping berusaha dengan pelbagai ubatan.

Berdasarkan ilmu medical yang ada pada aku (walaupun aku dah lama xngubat physical illnes), aku nk kongsi sikit camna cara nk kurangkan gejala cirit birit ni dan jugak mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk.

Minum banyak air
Bila dah cirit birit, memang air banyak keluar melalui najis. So ganti balik air yang hilang tu secepat mungkin. Setiap kali selepas ke tandas, cuci tangan bersih2 pastu minum air suam 2 gelas.

Ganti semula elektrolit dalam badan
Elektrolit ni termasuk garam dan bahan yang diperlukan tubuh untuk fungsi normal badan. Selalunya kalau kita bersukan kena ganti balik elektrolit ni, tapi kali ni kita hilang elektrolit melalui najis. Kalau rasa liat sangat nk minum ORS (oral rehydration salt), beli je 100 plus sebotol besar tu. Minum sepuas-puasnya. Excel8 pon boleh gak. (cam promosi lak).

Banyakkan makan makanan berkanji
Makanan berkanji macam nasi, kentang, ubi memang paling sesuai dimakan banyak2 masa cirit birit ni. Masa cirit birit ni xpayah pedulik pasal sayur lagi. Masak nasi, goreng telur, makan dengan kicap. Sebab selalunya cirit birit teruk akan diiringi demam, so selera memang xkan ada. Belasah jela nasi dan telur tu.

Elakkan susu dan produk tenusu
Susu dan produk tenusu macam butter dan cheese eloklah dijauhkan masa ni. Bahagian perut yang memproses susu memang x function sebab selalunya bahagian perut utama yang infected dan di bahagian inilah susu da segala by product dicerna.

Minum minuman probiotik
Bagi yang biasa dengan probiotik, mungkin dah tahu jenis yang korang suka. Macam aku yang jarang minum probiotik nih, aku rekomen yakult lite. Aku dah cuba yakult biasa tu, dan bagi aku yang biasa tu sangat manis. Badan dah la kurang air sbb cirit birit, pastu minum plak benda manis, makin dahaga rasanya. Tapi, probiotik apa2 pun mmg bagus. Minumlah untuk kesihatan usus anda. Hahahaha. Probiotik yang ada dalam minuman tu akan bantu melawan bakteria asing yang terdapat dalam perut. So, macam kiranya korang hantar askar bantuan la ke dalam perut korang.

Rehat secukupnya
Ini paling penting. Dah la air xcukup, elektrolit dah kurang, tenaga dah low, baik gi rehat je. Jangan plak gi layan futsal ngan member2, g main badminton dan apa2 yang seangkatan dengannya. Tido lebh sikit pon xpe, sebab rehat yang secukupnya akan membolehkan tenaga yang digunakan untuk pergerakan otot dapat difokuskan kepada area yang infected. Jangan tak tahu pulak, demam tu sebenarnya adalah satu bentuk pemusnahan secara besar-besaran oleh badan kita.Tujuan utama adalah untuk menhgapuskan 'penceroboh' dalam badan, tapi dalam masa yang sama turut mencederakan kita kalau tidak dibendung segera.

Jadi selamat beramal dan jagalah kesihatan anda.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen ler sket..hehehehe