Finally, tibalah masanya aku kongsi pasal pengalaman aku. Ramai jugak yang tanya aku, 'seksologis' or 'sexologist' ni apa sebenrnya. Pakar sakit tuan dan sakit puan tu bukan pasal seks ke? Pada yang masih confuse, aku harap korang gi la baca entry yang ni.
http://seksologi101.blogspot.com/2013/03/about-me.html
Sebenarnya masa kau nk wat master dulu, ramai yang bagi cadangan kat aku. Ada yang cadang derma (kulit) sebab ramai orang ada sakit kulit mcm jerawat dan psoriasis. Ada yang cadang gyno sebab manusia sentiasa beranak (LOL). Tapi terus terang aku cakap, aku ni jenis xsuka ikut orang. So the first thing aku tanya head of department aku masa tu "Apa yang paling jarang doktor melayu ada?". Tak tahu kenapa masa tu aku tanya soalan tu, tapi jawapan yang aku terima dari dia ialah "Of course sexologist! Malays don't talk or discuss sex with strangers, or even give advice about sex. But be prepared about what you wish, Asian are too ego to come to sexologist as it shows that they have problem with their sexual lives!"
Balik dari meeting dengan prof, aku menung lama. Memang aku akui, kalau aku amek master kulit, gyno, telinga dan tekak, atau mata sekalipun, aku senang nk bukak klinik. Dan potensi untuk dapat patient a.k.a. customer pon lebih mudah. Tapi aku ni jenis sukakan challenge. Cabaran tu wat aku teruja. Dan aku masih teringat puisi orang putih yang aku tampal kat bilik aku masa study dulu.
Berbalik kepada pengalaman aku tadi. So akhirnya aku memilih untuk teruskan Master aku dalam sex study a.k.a. Sexology. Tapi macam yang puisi tu kata, jalan yang kurang orang guna ni memang mencabar dan penuh berliku. Sampai pernah aku rasa give up dan nak stop study. Tapi semuanya dengan sokongan dan semangat yang aku ada, aku berjaya menjadi seorang sexologist!
Next time aku kongsi lagi pengalaman pahit manis sepanjang menjadi sexologist nih. Banyak citer menarik untuk aku kongsi ni, dan aku ucapkan terima kasih kerana sudi membaca coretan aku.
Wassalam.